dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Membuat Roti.

17 April 2017 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kubu Gajah, telah berlangsungnya sebuah program keusahawanan iaitu Bengkel Membuat Roti anjuran Unit Peladang Sungai Dendang, Kubu Gajah dan Jiran Wanita Kubu Gajah. Bengkel ini telah diajar oleh Pn. Normah bt Abu Samah yang merupakan seorang pakar membuat roti. Program ini telah dirasmikan oleh Adun Kubu Gajah iaitu YB Ahmad Hasbullah bin Elias. Malah, yuran penyertaan peserta untuk program ini turut ditaja oleh YB Ahmad Hasbullah.

Bermula pada jam 10.00 pagi, program dimulakan dengan sedikit taklimat mengenai E-Waste. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kitar semula barangan elektronik. Selepas itu, bengkel dimulakan sehingga pukul 3.00 petang. Kelihatan para peserta amat teruja untuk mempelajari cara membuat roti ini. Diharap, program seperti ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menambah pendapatan dengan menjadi usahawan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.